Menu sarapan di pagi Ahad, Cekodok Pisang dan Karip. Simple jela sarapan pagi ni. Malas nak masak menu yang berat.
Dulu setiap minggu buat cekodok pisang untuk bekal anak-anak. Sejak anak dah tak bawak bekal ke sekolah dah memang jarang buat cekodok pisang. Dah lama tak buat ni kita buat la cekodok pisang.
Bahan simple je tepung gandum, gula dan sedikit garam. Dah try and error campur bahan lain macam marjerin ada orang kata dapat tekstur lebih rangup. Pernah buat jadi penyek macam berminyak.
Ada orang kata letak baking powder nanti jadi cantik bulat je bila goreng. Nak bagi adunan tu naik kembang. Tak elok jugak kejadiannya.
So buat jela bahan basic. Cuma pisang jangan terlalu masak nanti jadi lembik. Guna yang sedang elok masak. Cie memang selalu guna Pisang Berangan untuk buat cekodok.
Minggu lepas kawan Faiz ada bagi karipap segera 2 peket. Sepeket dah goreng minggu lepas, tadi goreng lagu sepeket. Sedap karipapnya tu. Rangup je kulit.
2 jenis jela menu sarapan pagi ni. Cekodok Pisang dan Karipap. Sekejap lagi kang baru sarapan dengan anak-anak. Faiz dah sarapan dulu dah sebelum dia keluar rumah tadi. Hari ni plan nak lunch di FamilyMart je request by anak-anak. Faiz dah tinggal duit tadi boleh keluar tengahari kang.




16 Ulasan
Sedappppppp....
BalasPadamAkak pun kalau buat cekodok pisang basic gitu je.. tapi biasalah.. kadang terkeras... terlembik.. berminyak😆
Hamboiii... anak² nak lunch FM pulak.. best laaa boleh gantung kuali.
sedap cekodok pisang. saya suka yg rangup2! tpi nak buat bentuk bulat tu kadang2 mmng tak jadi hehe
BalasPadamMemang elok nampak kejadian cekodok pisang tu, Cie. Tapi, macam rajinnya dulu² Cie buatkan bekal cekodok utk anak² sebab kita rasa lama tu ambil masa nak goreng cekodok.
BalasPadamMemang elok nampak kejadian cekodok pisang tu, Cie. Tapi, macam rajinnya dulu² Cie buatkan bekal cekodok utk anak² sebab kita rasa lama tu ambil masa nak goreng cekodok.
BalasPadamSedapnya cekodok pisang...
BalasPadamsedap tu cekodok pisang
BalasPadamCantik cekodok pisang, cantik juga karipap. Wangi pisang berangan kan, saya pun suka buat cekodok guna pisang berangan
BalasPadamSedapnya cekodok, Cuya suka gak tapi kt rumah selalu ad jemput2 je. Jarang buat cekodok
BalasPadamRindu nak makan kuih masakan suri hati dan anak-anak, asyik beli ja..sesekali masak kuih sendiri kan jimat tu..
BalasPadamElok kejadian cokodok Cie buat. Saya bila buat cokodok, guna tepung naik sendiri, baru dia jadi bulat.
BalasPadamCntik rupa bentuk cekodok pisang Cie..yang akak punya dah macam cekodok bilis..hahahaha
BalasPadamUwaaaaaaaah, saya rindu makan cekodok pisang. Ingat mama kalau lihat ini. Di tempat saya namanya godok-godok pisang kak. Mama sering buat kalau ada pisang yg overripe. Sedaaaap memang kan, makan sambil minum teh. Saya pernah buat, tapi ntah kenapa tak bisa seenak buatan mama. Mungkin Krn saya saja yg memang rindu ☺️.
BalasPadamKaripap tuh pun saya suka. Teringat penjual karipap langganan saya di Penang ❤️❤️
lawa cekodok cie. lama tak buat cekodok sebab lama tak gi mencari pisang. sedap pula nampak cie punya ni
BalasPadamtengok cekodok pun sedap hehehehe
BalasPadamMakan panas - panas sedap kan ..
BalasPadamIdea sarapan ringan ni boleh follow juga kalau malas nak masak heavy pagi Ahad
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.