Semalam last kakak Raisha ganti puasa so Cie plan masak menu western jela tak payah masak nasi. Kebetulan weekend hari tu Faiz ada beli chicken wing. Bila ada chicken wing memang Cie suka masak ala IKEA tu. Sedap dan anak-anak suka.
Bahan tak cukup pun takpe boleh je buat. Menjadi jugak. Setiap kali buat mesti bahan berbeza. So far tetap sedap rasa chicken wing tu. Cie buat jugak Mashed Potato guna instant je cuma gravy je Cie buat lain. Tak pakai instant gravy tu tak sedap. Ada jugak Coleslaw dan Fries. Tu jela menu dinner semalam dan menu berbuka kakak Raisha ganti puasa.
CHICKEN WING ALA IKEA
Resipi asal Kepak Ayam Goreng Ala Ikea tapi semalam tak cukup bahan jadinya Cie letak je apa yang ada. Sos tiram dan kicap cair takde. Cie gantikan dengan sos plum dan kicap je. Menjadi dan sedap jugak. Cie banyak kali dah buat Chicken Wing Ala Ikea ni. Anak-anak memang suka. Takdela 100% sama tapi ala-ala jela.
MASHED POTATO
Oleh kerana ada lagi sepeket Instant Mashed Potato maka nya Cie terus masuk dalam list menu nak buat. Cie guna Mashed Potato tu je dan gravy Cie buat lain. Baru la berselera kakak Raisha makan Mashed Potato. Cie buat gravy lain lagi sedap la.
Resipi Gravy Mashed Potato
1 ulas bawang putih
1/6 biji bawang holland (sikit je sebenarnya tak reti nak cakap banyak mana)
Hirisan cendawan butang (optional je kalau tak letak pun boleh je)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar marjerin / butter
Sedikit lada sulah (kalau takde takpe je)
Sedikit lada hitam kisar (kalau takde takpe je)
Sedikit bahan perasa
Sedikit air
Cara Membuat Gravy Mashed Potato
- Cincang bawang putih dan bawang holland. Tak perlu hancur sangat.
- Panaskan kuali dan masukkan marjerin serta bawang putih dan bawang holland.
- Tumis sampai naik bau masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kalau berketul jangan risau kacau je.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. Memang akan berketul. Tutup api. Sejukkan kejap.
- Masukkan dalam blender dan kisar sampai halus.
- Masukkan semula dalam kuali dan perasakan, masukkan cendawan, lada sulah dan lada hitam. Didihkan sekejap dah siap.
Kepekatan tu boleh adjust dengan kurangkan tepung atau lebihkan air. Tepung tu yang berfungsi pekatkan kuah tu.
COLESLAW
Coleslaw Cie terpaling senang bahannya. Cuma kobis bulat, mayonis, lada sulah dan Cie letak bawang holland sikit. Kalau tak letak pun takpe. Carrot takde so Cie tak letak. Kobis tu Cie masukkan dalam chopper bersama bawang holland lepas tu chop jela. Dah siap tu gaul je dengan mayonis dan lada sulah. Dah siap.
KENTANG GORENG
Buat tambah-tambah menu Cie goreng jugak kentang (fries). Jadi ada 2 jenis karbohidrat la menu Cie semalam tu. Ada Mashed Potato dan juga Kentang Goreng.
SEKALI SEKALA MASAK MENU WESTERN
Bila bosan dengan menu masakan melayu, kita ubah la selera dengan masakan western yang simple. Tak renyah dan tak rumit. Guna bahan apa yang ada je. Begitulah kita mak-mak ni mengolah menu harian. Kalau rajin kita masak, kalau malas kita tapau je.

13 Ulasan
sedap ni. sesekali makan macam ni . kadang jemu juga asik nasi
BalasPadamTak pernah lagi buat menu western kat rumah..kalau nak makan western kena pi makan kat kedai
BalasPadamMacam menu dekat Ikea, mesti berselera Raisya berbuka puasa. Nanti boleh tiru la, asyik² kita ni goreng ayam kunyit jer, haha.
BalasPadam#doneterliur =D
BalasPadamAlhamdulillah... habis dah ganti puasa kakak Raisha ye, anak-anak ni kalau western memang kesukaan depa kan , Cie :)
BalasPadamSedap niii
BalasPadamBest juga sesekali masak menu western di rumah. 😋
BalasPadamSedaaaap. Coleslaw ini saya suka sebenernya, tapi tiap buat sendiri blm bisa menepati citarasa. Krn rasa mayo yg blm pas lah kak. Saya lagi cari rasa mayo yg sedap . So far suka dengan coleslaw nya Kenny Rogers. Sayang semua cabang dia di Indonesia dah tutup
BalasPadamthanks share resipi! sedapnya chicken wings ala ikea, lama pulak tak makan kat ikea ni
BalasPadamsedap menu western tu
BalasPadamuntung laa yg puasa tu dpt berbuka dgn masakan western👍
BalasPadamrajinnya cie masak2 menu western. terbaek laaa
BalasPadamInstant mashed potato Cuma tuang air panas, kacau-kacau… siap! Gebu dan creamy terus. Kalau tambah mentega atau keju, rasa ala restoran dah ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.