Resipi Banana Pudding Viral

Beberapa bulan lepas Cie nampak ada blogger share pasal Banana Pudding viral selepas Tiramisu. Masa tu belum ada lagi orang jual kat Lipis. Jadi Cie tak pernah nampak la viral tu.


Bulan lepas rasanya dah nampak ada orang jual kat Lipis. Selalu nampak dia post iklan dalam group komuniti. Mulanya macam nak beli sekali bila tengok live orang jual tu 3 scoop je untuk RM10. Macam tak puas makan pulak kalau beli. Buat sendiri jela boleh makan sampai puas.

Cie pun mula google resipi, search kat Facebook. Jumpa la pelbagai resipi susah senang semuanya ada. So hari Sabtu minggu lepas Cie terus beli bahan-bahan dan projek buat Banana Pudding pada hari Ahad dengan olahan resipi mengikut bahan yang Cie dah beli tu. 

Resipi Banana Pudding




Bahan Untuk Kastard:

500ml susu segar (2 kotak kecil)
4 sudu besar susu pekat (adjust ikut kemanisan masing-masing)
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat Kastard:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Seeloknya periuk yang non stick.
  2. Letak periuk atas api dan buka perlahan api. Kacau bahan di dalam periuk sehingga pekat. Jangan berhenti kacau untuk elakkan berketul. Boleh kacau guna whisk.
  3. Bila dah dapat tekstur likat, boleh tutup api. Sejukkan seketika.


Bahan Untuk Cream:

200ml whipping cream (1 kotak kecil)

Cara Membuat Cream:

Pukul whipping cream sehingga menjadi tekstur likat dan gebu. Ketepikan.



Bahan Untuk Cream Cheese:

2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat Cream Cheese:

  1. Pukul semua bahan sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan whipping cream yang telah dipukul tadi. Pukul lagi sekali sehingga gebu dan sebati.




Bahan Untuk Based Pudding

Biscorf crumble (beli di kedai Bakery)




Cara Membuat Banana Pudding:

  1. Patahkan 4 biskut marie. Susun di dalam bekas untuk lapisan pertama.
  2. Lapisan kedua masukkan kastard dan ratakan.
  3. Lapisan ketiga susunkan pisang yang telah dihiris.
  4. Lapisan keempat masukkan cream dan ratakan. Taburkan biscorf crumble.
  5. Ulang langkah 1 hingga selesai. 







Untuk sukatan bahan ni boleh dapat 3 bekas bulat yang kecil dan bekas bulat sederhana. Simpan dalam fridge untuk sejukkan beberapa jam. Kalau nak letak dalam sebekas pun boleh je bila nak makan ceduk je. Cie saja letak dalam bekas kecil tu.


Biskut marie tu boleh guna biskut biscorf. Merata cari takde kat Lipis ni maybe dah habis so guna biskut meri jela jadi jugak. Ada biscorf crumble pun boleh la untuk tabur.

Selepas beberapa jam boleh la makan. Memang sangat sedap dah puas makan bila buat sendiri. Memang costing la sikit buat tapi jimat la dari beli tu dapat 3 scoop je hari tu ada tengok live orang jual tu, anak Cie tunjuk. 

Dalam masa beberapa jam selepas buat, 2 bekas dah selamat anak-anak makan. Cie join jugak beberapa sudu. Sebekas lagi bagi jiran. Rasa dulu bila sedap baru bagi jiran.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ammi pulak tak alert tentang banana puding ni. Br je ni ha tau huhu

    BalasPadam
  2. Bila melibatkan whipping cream, cream cheese mmg makan modal tapi buat sendiri ni lagi puas makan.
    Tq Cie share resepi. Nanti boleh try.

    BalasPadam
  3. tak berbaloi 3 scoop rm10 tu. lebih puashati buat sendiri.
    nampak sedap tengok akak buat banana pudding ni! pasni boleh try ambil order pulak hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.