Menu Dinner 22 April 2026

Balik kerja ngam 4.30 tadi terus singgah ambil kakak Raisha balik Koku 4.30. Faiz pulak ambil adik Rania 5.00pm. Setiap hari gini la rutin kami berbagi untuk pick up anak di sekolah berbeza dan laluan berbeza. 

Kalau salah sorang takde, kelam kabut la juga nak uruskan anak sekolah. Mujur la 2 orang je senang la sikit. Gitulah kan selagi anak sekolah memang tak lepas dari rutin ni.


Sampai rumah tadi terus masak. Dah plan nak masak apa jadinya takdela pening fikir menu. Weekend hari tu beli daging beku bahagian topside. Potong dan terus rebus dalam periuk noxxa. Banyak juga dapat 2 kali masak. Sesambil tu kupas harumanis dah masak sebiji. Potong-potong terus makan. Ada lagi 2 biji.


Malam ni masak daging kicap sebekas. Bila dah siap rebus dah lembut tu cepat la masa memasak. Letak bawang putih, halia, bawang besar je. Dah siap masak tu tabur daun ketumbar je. 

Tengah masak tadi Faiz balik rumah cakap Abang Ngah admit ward. Abang Ngah ni abang ipar Cie. Suami Kak Ngah. Cie pun kalut la masak cepat-cepat. Masa tu tengah masak daging la. Sambil goreng ikan bilis dan lobak masin. Nak masak bendi tak sempat dah. Simpan la semula bendi Cie dah potong ingat nak goreng.

Risau juga nak tengok keadaan Abang Ngah. Kisahnya tengahari tadi Abang Ngah ke klinik untuk ambil ubat anak buah Cie. Anak buah Cie tu OKU memang ada makan ubat. Tiba-tiba Abang Ngah sakit dada. Check apa semua kat klinik tu terus la kena hantar hospital naik ambulans.

Abang Ngah bagitau Faiz je melalui whatsapp. Katanya kalau dia takde call atau inform apa-apa cari la dia kat hospital. Faiz pun cuak la jugak. Siap masak tadi terus la prepare keperluan apa-apa nak bawak ke hospital. Kak Ngah memang tak lepas la nak ke hospital dah susah nanti anak buah tu. Wakilkan Cie jela untuk melawat.

Anak-anak dia semua duk jauh. Anak kedua di Johor, anak ketiga di Kuantan tengah training FGV, anak bongsu di UITM Dengkil. Yang OKU tu sulung. Gini la kan bila ada kecemasan adik beradik terdekat la membantu apa yang patut.

Dah bercampur dah ni kisah menu dinner sekali kisah kecemasan. Hihi. Dah kejadian tengah memasak kan kita sekali arung jela. Yang baca blog Cie ni mohon doakan abang ipar Cie dikurniakan kesembuhan. Semoga baik-baik jela result test semua tu. Aamiinnn


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.