Menu Dinner 22 April 2026

Balik kerja ngam 4.30 tadi terus singgah ambil kakak Raisha balik Koku 4.30. Faiz pulak ambil adik Rania 5.00pm. Setiap hari gini la rutin kami berbagi untuk pick up anak di sekolah berbeza dan laluan berbeza. 

Kalau salah sorang takde, kelam kabut la juga nak uruskan anak sekolah. Mujur la 2 orang je senang la sikit. Gitulah kan selagi anak sekolah memang tak lepas dari rutin ni.


Sampai rumah tadi terus masak. Dah plan nak masak apa jadinya takdela pening fikir menu. Weekend hari tu beli daging beku bahagian topside. Potong dan terus rebus dalam periuk noxxa. Banyak juga dapat 2 kali masak. Sesambil tu kupas harumanis dah masak sebiji. Potong-potong terus makan. Ada lagi 2 biji.


Malam ni masak daging kicap sebekas. Bila dah siap rebus dah lembut tu cepat la masa memasak. Letak bawang putih, halia, bawang besar je. Dah siap masak tu tabur daun ketumbar je. 

Tengah masak tadi Faiz balik rumah cakap Abang Ngah admit ward. Abang Ngah ni abang ipar Cie. Suami Kak Ngah. Cie pun kalut la masak cepat-cepat. Masa tu tengah masak daging la. Sambil goreng ikan bilis dan lobak masin. Nak masak bendi tak sempat dah. Simpan la semula bendi Cie dah potong ingat nak goreng. Pukul 6 macam tu terus keluar rumah nak ke hospital. Singgah dulu Mini Ria belikan roti, air mineral dan keperluan mandian.

Risau juga nak tengok keadaan Abang Ngah. Kisahnya tengahari tadi Abang Ngah ke klinik untuk ambil ubat anak buah Cie. Anak buah Cie tu OKU memang ada makan ubat. Tiba-tiba Abang Ngah sakit dada. Check apa semua kat klinik tu terus la kena hantar hospital naik ambulans.

Abang Ngah bagitau Faiz je melalui whatsapp. Katanya kalau dia takde call atau inform apa-apa cari la dia kat hospital. Faiz pun cuak la jugak. Siap masak tadi terus la prepare keperluan apa-apa nak bawak ke hospital. Kak Ngah memang tak lepas la nak ke hospital dah susah nanti anak buah tu. Wakilkan Cie jela untuk melawat.

Masa Cie melawat tu Abang Ngah ok je. Katanya sakit dada jela. Mungkin bacaan ECG nya tak cantik sebab tu kena masuk wad. Habis waktu melawat 7pm Cie terus balik rumah.

Anak-anak dia semua duk jauh. Anak kedua di Johor, anak ketiga di Kuantan tengah training FGV, anak bongsu di UITM Dengkil. Yang OKU tu sulung. Gini la kan bila ada kecemasan adik beradik terdekat la membantu apa yang patut.

Dah bercampur dah ni kisah menu dinner sekali kisah kecemasan. Hihi. Dah kejadian tengah memasak kan kita sekali arung jela. Yang baca blog Cie ni mohon doakan abang ipar Cie dikurniakan kesembuhan. Semoga baik-baik jela result test semua tu. Aamiinnn


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Semoga abag ipar cepat sembuh ye....

    BalasPadam
  2. Semoga cepat sembuh..nampak hirisan ranum tu..hebatnya sajian..

    BalasPadam
  3. Tidak sempat makan malam ya?
    Semoga cepat sembuh abang ipar Cie. Amin.

    BalasPadam
  4. شَفَاكَ اللهُ buat abang ipar Cie

    BalasPadam
  5. Allahuakbar. Semoga BIL cie cpt sembuh.Amin

    BalasPadam
  6. Syafahallah 🤲🏻
    Senang ada adik beradik dekat², boleh tolong tengokkan bila ada kecemasan gini

    BalasPadam
  7. Semoga abang ipar Cie baik² je.
    Lama tak masak daging kicap.

    BalasPadam
  8. Aiiiih, semoga kondisi Abang ipar kak cie semakin membaik yaaa 🤗☺️. Sehat2 untuk keluarga kakak.

    Tp untunglah masih sempat memasak sedikit ya kak. Memang drooling lihat mangga nya. Di sini pula blm musim untuk mangga

    BalasPadam
  9. Get Well Soon ka cie. Salfok sama buah mangganya.

    BalasPadam
  10. Semoga cepat sembuh abg ipar akak tu. Harapnya tidak melarat sakit tu

    BalasPadam
  11. Semoga dipermudahkan buat abg ipar Cie...nasib sempat memasak...

    BalasPadam
  12. semoga abang ngah cepat sembuh. terkejut jugak kan tiba2 je sakit dada. walhal masa jumpa ambil ubat pagi tu elok je

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.