Tag Berantai: Jom Berkenalan

Semalam 27 April 2026 kakmim ada tag Cie untuk tag berantai jom berkenalan. Tak berkesempatan lagi nak buat semalam. So hari ni kita buat la demi memenuhi undangan kakmim. Caranya mudah saja.

  1. Log in akaun chatgpt anda.
  2. Upload gambar anda
  3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
  4. Tekan ENTER untuk menjana imej.
  5. Save gambar dan post di blog anda.
  6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.
Senang je kan?

Macam biasa la kalau suruh chatgpt buat infographic about me memang merepek sikit dia buat. Yang mula-mula tu salah pekerjaan, gambar kedua tu pulak dia letak apron. Haihhh Cie ni kerja bahagian office mana la pakai apron. Apo la chatgpt ni tak mengenali daku. Hihihi. 




Dah mintak betulkan tapi dah over limit gambar. Akaun free kan ada limit la image yang chatgpt boleh create. Malam baru boleh buat semula. Cie nak post pagi ni. So teruskan jela dengan infografik yang ada ni.

gambar asal yang Cie bagi kat chatgpt



So di sini Cie nak tag:

1. Cuya
2. Sha
5. MZ

Yang di tag ni jangan lupa buat tau. Saja seronok-seronok kan.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hehehe.. dia tag kita.. InsyaAllah.. nanti Sha buat ya..

    Comellah infografik Cie..

    BalasPadam
  2. comelnya... linda tak buat lagi ni.. hahaha...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.