Tag Berantai: Jom Berkenalan

Semalam 27 April 2026 kakmim ada tag Cie untuk tag berantai jom berkenalan. Tak berkesempatan lagi nak buat semalam. So hari ni kita buat la demi memenuhi undangan kakmim. Caranya mudah saja.

  1. Log in akaun chatgpt anda.
  2. Upload gambar anda
  3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
  4. Tekan ENTER untuk menjana imej.
  5. Save gambar dan post di blog anda.
  6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.
Senang je kan?

Macam biasa la kalau suruh chatgpt buat infographic about me memang merepek sikit dia buat. Yang mula-mula tu salah pekerjaan, gambar kedua tu pulak dia letak apron. Haihhh Cie ni kerja bahagian office mana la pakai apron. Apo la chatgpt ni tak mengenali daku. Hihihi. 




Dah mintak betulkan tapi dah over limit gambar. Akaun free kan ada limit la image yang chatgpt boleh create. Malam baru boleh buat semula. Cie nak post pagi ni. So teruskan jela dengan infografik yang ada ni.

gambar asal yang Cie bagi kat chatgpt



So di sini Cie nak tag:

1. Cuya
2. Sha
5. MZ

Yang di tag ni jangan lupa buat tau. Saja seronok-seronok kan.


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Hehehe.. dia tag kita.. InsyaAllah.. nanti Sha buat ya..

    Comellah infografik Cie..

    BalasPadam
  2. comelnya... linda tak buat lagi ni.. hahaha...

    BalasPadam
  3. MZ dah buat tapi tak accurate, so nak try suruh dia betulkan

    BalasPadam
  4. Haaaa......dah tau dah selok belok kerja Cie...bagus untuk siapa yang xde idea nak buat entry...dah ada satu entry dah kan...

    BalasPadam
  5. Mungkin chatgpt detect cie salu posting masak2 tu yg pakai apron tu.. hehehe.. betul akaun free limit 5 prompt je, exceed limit kena tgu esok pulak.. hehehe

    Tq cie melayan tag kakmim 🤗

    BalasPadam
  6. Alamak dah sama orang tagnya. Tak pe lah saje suka-suka

    BalasPadam
  7. Niceeeee☺️
    Gamaknya asal je pasal makanan dan masakan terus detect apron... good try lah Ms Chatgpt.

    BalasPadam
  8. Saya iseng saja buat sendiri, tp salah lah informasi dia, dan muka pun tak mirip wajah saya, trus tak pakai jilbab pula 🤣🤣. Ntah gambar siapa dia pakai. 😄

    BalasPadam
  9. Klik hujung jari..semua ada ..IT teknologi kian maju

    BalasPadam
  10. Dah berumur rasanya tak lagi klik2 ni hehehe

    BalasPadam
  11. meriah tgk kwn2 buat..ada yg tagged juga tk try lg

    BalasPadam
  12. nasib nama tak naik utk buat assignment

    BalasPadam
  13. Cuya dah tulis entri ni. Tak perasan akk tag Cuya. Terima kasih tag!

    BalasPadam
  14. Comelnya. Ada juga di-tag, dah buat tapi tunggu lama tak keluar2 pun hehe.

    BalasPadam
  15. Passion makanan tu betul. Hari2 share gmbar makanan 🤭

    BalasPadam
  16. Meriah infografik Cie punya, ni mesti amat berkebolehan orangnya

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.