Lebih kurang nasi arab juga cuma yang ni nasi dan ayam Cie masak guna rempah bukhari tu. Sup, sambal cili, acar timun tu semua ikut resipi tekak melayu Cie ni. Bukan resipi pure Arab la. Cie selalu hentam je. Takdela resipi sangat. Ikut bahan apa yang ada jela. Nak share resipi pun macam rumit sikit tunggu la kerajinan nanti Cie share.
Masak nasi berperisa ni bagi Cie takdela susah. Sama je macam kita masak nasi biasa tu cuma nasi berperisa ni kena menumis dulu la sebelum nasi tu dimasak. Campur semua bahan tumisan dan kalau ada guna rempah kena campur sekali dan biar je nasi tu masak. Beras basmathi la paling sesuai. Beras biasa pun boleh je cuma beras basmathi tu lagi sesuai.
Kalau jenis nasi arab ni banyak guna bawang holland dan Cie guna bay leaf yang kering tu. Kalau ikut bahan ori nasi arab tu lain la. Ni versi tekak melayu pandai-pandai la kita olah kan. Nak makan tekak sendiri.
Papadom pun kena ada kalau Cie masak nasi berperisa. Tak kisah jenis yang mana asalkan papadom.
Ayam Cie rebus dulu baru la bakar selepas dilumur rempah. Dah siap semua hidang la dalam dulang. Dulu masa anak-anak kecik siap bentang tikar makan kat porch kereta. Anak-anak dah besar ni tak muat dah berempat nak makan dalam dulang tu kecik je Cie beli kat kedai Eco. Bertahun jugak la masih elok.
Hidang je dalam dulang. Makan ceduk la dalam pinggan masing-masing. Alhamdulillah kenyang dah makan tadi pukul 2 lebih. Berselera adik Rania makan berkali-kali tambah. Kakak Raisha sekali tambah je. Babahnya pun berkali tambah.
Ada masa rajin masak la special sikit. Selalunya hujung minggu sekali sekala tukar selera kan. Hari-hari biasa dah masak nasi putih.








3 Ulasan
mcm kt restoran mkn dlm dulang...aritu time raya ada dpt juga rempah dr faiza ni
BalasPadamyg penting anak2/suami suka mkn!! godek2 menjadi ajer tuuuu
BalasPadamTekak Melayu nak kena ada pedas² sket.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.