Lebih kurang nasi arab juga cuma yang ni nasi dan ayam Cie masak guna rempah bukhari tu. Sup, sambal cili, acar timun tu semua ikut resipi tekak melayu Cie ni. Bukan resipi pure Arab la. Cie selalu hentam je. Takdela resipi sangat. Ikut bahan apa yang ada jela. Nak share resipi pun macam rumit sikit tunggu la kerajinan nanti Cie share.
Masak nasi berperisa ni bagi Cie takdela susah. Sama je macam kita masak nasi biasa tu cuma nasi berperisa ni kena menumis dulu la sebelum nasi tu dimasak. Campur semua bahan tumisan dan kalau ada guna rempah kena campur sekali dan biar je nasi tu masak. Beras basmathi la paling sesuai. Beras biasa pun boleh je cuma beras basmathi tu lagi sesuai.
Kalau jenis nasi arab ni banyak guna bawang holland dan Cie guna bay leaf yang kering tu. Kalau ikut bahan ori nasi arab tu lain la. Ni versi tekak melayu pandai-pandai la kita olah kan. Nak makan tekak sendiri.
Papadom pun kena ada kalau Cie masak nasi berperisa. Tak kisah jenis yang mana asalkan papadom.
Ayam Cie rebus dulu baru la bakar selepas dilumur rempah. Dah siap semua hidang la dalam dulang. Dulu masa anak-anak kecik siap bentang tikar makan kat porch kereta. Anak-anak dah besar ni tak muat dah berempat nak makan dalam dulang tu kecik je Cie beli kat kedai Eco. Bertahun jugak la masih elok.
Hidang je dalam dulang. Makan ceduk la dalam pinggan masing-masing. Alhamdulillah kenyang dah makan tadi pukul 2 lebih. Berselera adik Rania makan berkali-kali tambah. Kakak Raisha sekali tambah je. Babahnya pun berkali tambah.
Ada masa rajin masak la special sikit. Selalunya hujung minggu sekali sekala tukar selera kan. Hari-hari biasa dah masak nasi putih.








19 Ulasan
mcm kt restoran mkn dlm dulang...aritu time raya ada dpt juga rempah dr faiza ni
BalasPadamyg penting anak2/suami suka mkn!! godek2 menjadi ajer tuuuu
BalasPadamTekak Melayu nak kena ada pedas² sket.
BalasPadamSama dgn Akk, kalau masak nasi berperisa gini mmg adjust ikut tekak Melayu kita. Acar tu biasanya buat pedas sikit, baru tak muak sangat makan nasi yg berempah² gini
BalasPadamNampak sedap tu, kalau anak2 makan bertambah2 memang kena la dengan tekak dieorang jugak 😄
BalasPadamdah ada rempah nasi tu senang sikit utk adjust rasa
BalasPadamWah... Nampak sedap Cie.
BalasPadamRajin Cie masak
BalasPadamMacam2 jenis rempah faiza keluarkan kan?
BalasPadamAlhamdulillah, nampak pun dah sedap.
BalasPadamCepat masak untuk raya.... hehehe
BalasPadamSedap nampaknya
menarik ni, rasa nak try lah tuk raya haji. esok cari rempah ni. hehee
BalasPadamSaya pun nak cuba la hidangkan anak anak pakai dulang nanti.
BalasPadamWahhhh..Menarik ni =D
BalasPadamSaya pun begitu. Hari-hari nasi putih, sesekali nasi beraroma pula. Sedapnya Cie nasi Bukhari.
BalasPadamSedapnya tengok Nasi Bukhari versi tekak Melayu Cie ni, nampak menyelerakan betul! SA sendiri sebenarnya tak pandai sangat nak buat nasi berperisa macam ni, selalu kalau teringin memang beli siap je. Kagum tengok Cie pandai olah guna rempah Faiza, siap hidang dalam dulang lagi. Mesti bertambah-tambah family makan..
BalasPadamSedap tengok, siap hidang dalam dulang. Ayam pun elok kejadian. 😋
BalasPadamPapadom tu penambah kesedapan bila makan nasi berperisa.. Sha pun suka..
BalasPadamPernah dengar nasi bukhari, tp tak pernah coba. Saya ada bumbu Faiza di rumah, dikasih istri uncle gedek saat ke jakarta, tp bumbu kari. Nanti memang nak masak pakai bumbu itu. Kalau sedap, saat di KL nanti nak beli lagi berarti.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.