Selamat Hari Ibu: 10 Mei 2026

Hari ini 10 Mei menjadi hari yang cukup bermakna untuk menghargai insan paling istimewa dalam hidup kita iaitu ibu. 


Tidak kira apa jua gelaran mereka, sama ada emak, umi, mama, mummy atau bonda, kasih sayang seorang ibu sentiasa hadir tanpa syarat.

Ibu adalah insan pertama yang mengenalkan kita tentang kasih sayang, pengorbanan dan kekuatan. Dari kecil hingga dewasa, doa seorang ibu tidak pernah putus mengiringi setiap langkah anak-anak. Walaupun penat, mereka tetap tersenyum. Walaupun letih, mereka tetap mengutamakan keluarga.

Hari Ibu bukan sekadar sambutan, tetapi peluang untuk kita mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan yang sering tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Kadang-kadang, ucapan ringkas, pelukan atau masa bersama sudah cukup membuatkan seorang ibu bahagia.

Sempena Hari Ibu ini, luangkanlah sedikit masa untuk menghargai insan tersayang. Hubungi ibu jika berjauhan, bantu meringankan kerja rumah, atau sekadar bertanya khabar. Perkara kecil itu sangat besar nilainya di hati seorang ibu.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih anak sepanjang masa

Cie dah kehilangan seorang ibu pada 4 Jun 2010. Kira-kira 16 tahun yang lepas. Hanya doa jela mampu Cie kirimkan untuk bekalan mak di sana. Walaupun tak dapat raikan hari ibu tak bermakna kita melupakan jasa dan pengorbanan seorang ibu.


Cie pulak menjadi ibu buat kali pertama pada 12 September 2012, hari kelahiran kakak Raisha. Hampir 14 tahun dah menjadi seorang ibu.


Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu di seluruh dunia. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kasih sayang yang tidak pernah putus.

Sedekahkan Alfatihah buat ibu-ibu yang sudah tiada. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Selamat Hari Ibu buat Cie dan semua ibu2 di luar sana

    BalasPadam
  2. happy mothers day...alfatihah utk arwah ibu cie

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Ibu Kak Cie..
    Sedih juga bila tengok orang lain sudah tidak merasa kasih sayang seorang ibu. Cuya wish juga ibu Cuya, lepastu Cuya peluk dia. Banyak pengorbanan dia, Cuya lak tak mampu jadi anak yg terbaik jadi sedih juga

    BalasPadam
  4. Selamat hati ibu Cie.
    Wah, bunga tulip - lambang cinta penuh kesempurnaan.

    BalasPadam
  5. Selamat Menyambut Hari Ibu.. Insyallah doa anak yg soleh dan solehah sentiasa sampai ke ibu di alam kubur.. al fatihah..

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Ibu, Cie.. Sesungguhnya, kasih ibu tiada galang ganti..

    BalasPadam
  7. Selamat hari ibu..tahniah menjadi ibu yang penyayang..

    BalasPadam
  8. Selamat hari ibu Cie 🥰

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Ibu!. Alhamdulilah, berpeluang kita mencdi seorang ibu.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..berpeluang menjadi seorang ibu..moga kita dikurniakan kesihatan berpanjangan untuk menjaga keluarga kita .aamin

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Ibu untuk kita semua

    BalasPadam
  12. Aiiiih tgl kita menjadi ibu hanya beda tgl saja kak. Kalau kakak 12 sept 2012, saya 21 sept 2012 😄😄. Cuma beda beberapa hari yaaa

    BalasPadam
  13. selamat hari ibu buat cie dan semua ibu di dunia

    BalasPadam
  14. selamat hari ibu utk cie dan kita semua...moga arwah ibu cie tenang di sana...MZ pulak dh kehilangan ayah tahun 2009 lagi ie awal setahun dari pemergian ibu cie. my mom is still alive, cuma lately kurang sihat sbb sakit lutut, mata kabur dan ada darah tinggi jugak (mkn ubat)

    BalasPadam
  15. muka kak cie mmng copy paste sangat dgn arwah ibu. semoga beliau ditempatkan dlm syurga tertinggi. selamat hari ibu buat kak cie

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.