Adik cleaner ni baru juga lagi ditugaskan di office Cie. Sebelum ni dia bertugas di tempat lain. Awal tahun hari tu cleaner perempuan yang dah lama bertugas kat pejabat Cie dah resign dia balik kampung.
Selepas itu digantikan dengan cleaner lain seorang perempuan jugak. Mulanya ok je cleaner ni cuci bersih jugak la. Muda lagi budaknya tapi dah jadi ibu tunggal. Bila dah beberapa minggu dah semakin tak ok selepas adik tu kerap cuti dan selalu MC kurang sihat.
Semasa dia MC tu tempat dia digantikan dengan cleaner lelaki yang bagi Cie fridge magnet tu la. Mulanya dia ganti je bila cleaner tetap tu cuti. Cie gelarkan dia adik A jela ye. Adik A ni umur 25 tahun, lelaki. Memang bersih dia cuci office Cie.
Kalau cleaner lain mereka akan sapu dan mop tempat yang takde orang je. Kalau ada orang takdela mereka nak minta izin nak cuci. Tapi adik A ni dia mintak izin nak sapu dan mop. Meja kita pun dia mintak izin nak cuci masa kita tengah buat kerja. Memang bersih la kalau dia mengelap tu.
Cie pun request kat leader adik A tu nak mintak adik A ni kekal di jabatan Cie. Dia akan masuk sekali je sehari pukul 7 lebih waktu pagi. Leader tu pun gantikan la cleaner perempuan yang asal tu kepada adik A ni untuk bertugas di office Cie.
Cie suka cara dia bekerja, sopan dengan kita. Mula-mula dulu dia takut kat Cie. Dia siap cakap kat leader dia taknak bertugas di jabatan Cie. Hihi. Lama-lama sekarang dia dah biasa dengan style Cie yang pantang kotor-kotor ni. Adik A ni baya-baya anak buah Cie je umur 20an.
Cie ni muka je garang tapi takdela Cie jadi singa marah orang. Cumanya bila orang tak kenal mereka akan ingat Cie sombong. Bila dah kenal Cie ok je sambil mereka mencuci tu Cie layankan ajak berborak.
Baru ni dia ada share masalah family dia. Broken family. Kesian jugak dengar cerita dia sampai nak bergenang la air mata Cie. Cie bagi nasihat kat dia. Cie cakap jangan stress sangat, jangan buat benda bukan-bukan, jangan berkawan dengan orang yang salah. Cari duit, simpan duit sampai 1 masa nanti nak kahwin.
Dia cakap dia takde kawan. Balik kerja duk rumah je. Jarang jumpa budak muda yang nak kerja cleaner. Tapi adik ni buat kerja dengan sungguh-sungguh. Semoga yang baik-baik jela untuk dia.
Kekadang kita rasa hidup kita ni susah dah macam-macam masalah menimpa. Rupanya orang lain lagi berat menanggung masalah hidup.
Tak sangka jugak Cie dia masuk office untuk cuci baru ni dia cakap ‘saya nak bagi ni kat puan’. Dia keluarkan fridge magnet dari poket dia. Cie pun ucap terima kasih. Dalam hati terharu jugak adik A ni memang seorang yang baik. Berjurus budaknya.
Cie doakan semoga adik A ni sembuh la dari penyakit yang dialaminya (Cie tak share la sini cukup sekadar mintak korang doakan juga). Dipermudahkan segala urusannya.


4 Ulasan
Allahaiiii muda-muda dah banyak masalah. Siannya. Semuga Allah permudahkan urusan Adik A dan memperolehi kerja yang tetap demi masa depan dia.
BalasPadamsemoga adik A sembuh dari penyakitnya..bagus adik ni, kerja elok..
BalasPadamsemoga dipermudahka Allah segala urusan adik A
BalasPadamAllahumma yassir utk adik tu...rare sgt org local keje cleaner..kat uia ni, semua org indonesia jer yg bahagian cleaner
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.