Dapat Fridge Magnet Medan

Khamis minggu lepas 11 Jun 2026, adik cleaner office Cie bagi fridge magnet Medan Indonesia. Cuti raya haji yang lepas dia dan keluarga bercuti ke sana.

Adik cleaner ni baru juga lagi ditugaskan di office Cie. Sebelum ni dia bertugas di tempat lain. Awal tahun hari tu cleaner perempuan yang dah lama bertugas kat pejabat Cie dah resign dia balik kampung.

Selepas itu digantikan dengan cleaner lain seorang perempuan jugak. Mulanya ok je cleaner ni cuci bersih jugak la. Muda lagi budaknya tapi dah jadi ibu tunggal. Bila dah beberapa minggu dah semakin tak ok selepas adik tu kerap cuti dan selalu MC kurang sihat. 

Semasa dia MC tu tempat dia digantikan dengan cleaner lelaki yang bagi Cie fridge magnet tu la. Mulanya dia ganti je bila cleaner tetap tu cuti. Cie gelarkan dia adik A jela ye. Adik A ni umur 25 tahun, lelaki. Memang bersih dia cuci office Cie.

Kalau cleaner lain mereka akan sapu dan mop tempat yang takde orang je. Kalau ada orang takdela mereka nak minta izin nak cuci. Tapi adik A ni dia mintak izin nak sapu dan mop. Meja kita pun dia mintak izin nak cuci masa kita tengah buat kerja. Memang bersih la kalau dia mengelap tu.

Cie pun request kat leader adik A tu nak mintak adik A ni kekal di jabatan Cie. Dia akan masuk sekali je sehari pukul 7 lebih waktu pagi. Leader tu pun gantikan la cleaner perempuan yang asal tu kepada adik A ni untuk bertugas di office Cie. 

Cie suka cara dia bekerja, sopan dengan kita. Mula-mula dulu dia takut kat Cie. Dia siap cakap kat leader dia taknak bertugas di jabatan Cie. Hihi. Lama-lama sekarang dia dah biasa dengan style Cie yang pantang kotor-kotor ni. Adik A ni baya-baya anak buah Cie je umur 20an.

Cie ni muka je garang tapi takdela Cie jadi singa marah orang. Cumanya bila orang tak kenal mereka akan ingat Cie sombong. Bila dah kenal Cie ok je sambil mereka mencuci tu Cie layankan ajak berborak.

Baru ni dia ada share masalah family dia. Broken family. Kesian jugak dengar cerita dia sampai nak bergenang la air mata Cie. Cie bagi nasihat kat dia. Cie cakap jangan stress sangat, jangan buat benda bukan-bukan, jangan berkawan dengan orang yang salah. Cari duit, simpan duit sampai 1 masa nanti nak kahwin. 

Dia cakap dia takde kawan. Balik kerja duk rumah je. Jarang jumpa budak muda yang nak kerja cleaner. Tapi adik ni buat kerja dengan sungguh-sungguh. Semoga yang baik-baik jela untuk dia. 

Kekadang kita rasa hidup kita ni susah dah macam-macam masalah menimpa. Rupanya orang lain lagi berat menanggung masalah hidup. 

Tak sangka jugak Cie dia masuk office untuk cuci baru ni dia cakap ‘saya nak bagi ni kat puan’. Dia keluarkan fridge magnet dari poket dia. Cie pun ucap terima kasih. Dalam hati terharu jugak adik A ni memang seorang yang baik. Berjurus budaknya.


Cie doakan semoga adik A ni sembuh la dari penyakit yang dialaminya (Cie tak share la sini cukup sekadar mintak korang doakan juga). Dipermudahkan segala urusannya.


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Allahaiiii muda-muda dah banyak masalah. Siannya. Semuga Allah permudahkan urusan Adik A dan memperolehi kerja yang tetap demi masa depan dia.

    BalasPadam
  2. semoga adik A sembuh dari penyakitnya..bagus adik ni, kerja elok..

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahka Allah segala urusan adik A

    BalasPadam
  4. Allahumma yassir utk adik tu...rare sgt org local keje cleaner..kat uia ni, semua org indonesia jer yg bahagian cleaner

    BalasPadam
  5. cleaner lelaki, local.. memang susah nak cari,, lagi2 yang rajin..semoga terus tabah dalam menjalani hidup..

    BalasPadam
  6. Betul...kadang kita rasa hidup kita susah...sesungguhnya memang benar masih ada yg lagi susah

    BalasPadam
  7. Kadang2 cerita orang lain adalah ujian buat kita juga..

    BalasPadam
  8. Orang muda jika sanggup keje cleaner tu memang betul2 nak perlukan kerja. Semoga Allah mudahkan urusan hidup adik A.

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan urusan adik ni 🤲🏻

    BalasPadam
  10. Bab muda2 dah jadi ibu tunggal tu kesiannya. Moga baik2 ajer.

    BalasPadam
  11. Susah nak jumpa cleaner lelaki dan muda.. Selalu perempuan ja.. Kalau ada pun lelaki biasanya diorang bahagian berkebun ataupun kerja berat di bahagian luar bangunan..
    Semoga adik ini diberikan kesembuhan dna kesihatan yang baik dan kuat menempuh kehidupan..

    BalasPadam
  12. Cantik FM tu. Semoga yg baik2 aje utk adik cleaner tu =)

    BalasPadam
  13. smoga dipermudahkan urusan adik cleaner tu

    BalasPadam
  14. Kiranya cleaner ni dari syarikat pembersihan lah eh. Semoga cepat sihat buat Adik A dan sentiasa dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
  15. Kasihan baca cerita ni, Cie tempat meluah apa yang terbuku di hati..semoga teman baru kerja tu tabah kan..

    BalasPadam
  16. sedih baca kisah adik A ni. jarang tengok laki2 muda jadi cleaner. memang nampak la adik A ni rajin orangnya. semoga dipermudahkan segala urusan beliau dan cepat sembuh dari sakitnya

    BalasPadam
  17. akak suka fridge magnet...lepas tu berangan supaya suatu hari nanti sampai kat tempat tu...

    BalasPadam
  18. Semoga yg baik2 utk adik cleaner itu yaaa. Waaah best nya berlibur ke Medan. Kampung halaman saya 😄😄. Dah lamaaa tak kesana.. rindu juga ketemu orangtua saya di Medan

    BalasPadam
  19. Ya Allah baiknya.
    Apapun penyakitnya semoga Allah beri kesembuhan. Amin.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.