Sarapan Nasi Lemak, Rendang Daging Dan Ketupat Palas

Selamat berhari minggu. Hari ni takde plan ke mana-mana. Nak berehat secukupnya. Selsema dah hari ketiga. Nampak dah semakin ok. Duk borak dalam group whatsapp family rupanya yang lain pun tak sihat.

Kakak Cie di Bentong suami isteri kena selsema. Kak Ngah kena demam, dia dan anak bongsunya. Kak Long pulak demam selsema. Cie dan anak-anak selsema. Kami syak dapat virus masa kenduri Ahad tu. Kami semua kena Jumaat, 5 hari selepas kenduri.

Isnin tu kami berkumpul di Bentong. Kak Long dan anak Kak Ngah yang bongsu tak pergi kenduri. Maybe virus tu kami yang dapat dan kami pindahkan ke Kak Long dan anak Kak Ngah masa kami berkumpul di Bentong. Gitulah kan walaupun makan Vitamin C, walaupun cuci tangan dan mandi selepas balik tu pun tetap la kena jugak. Virus tak nampak.

Berbalik kepada tajuk entri kita pagi ni. Cie masak menu sarapan sekali lunch terus. Malas dah masak banyak kali. Nak berehat je hari ni sebelum masuk kerja Isnin. Harapnya cepat la sembuh selsema ni. Isnin ada meeting, Selasa ada audit.


Cie masak nasi lemak telur, rendang hitam daging, kukus ketupat palas. Sambal nasi lemak petang semalam Cie dah siap masak. Kebetulan Cie buat stok cili kisar, dah alang-alang dapur dah berkecah tu terus la Cie buat jela sambal tumis ikan bilis dan simpan dalam chiller. Pagi tadi panaskan je sambal tumis tu.


Rendang hitam daging tu pun Cie buat semalam jugak. Daging kerbau korban jiran depan rumah bagi. Cie habiskan terus buat rendang. Daging tu Cie rebus dalam periuk noxxa je senang. Cie pernah share resipi kat sini boleh tengok kalau ada yang nak buat - RESIPI RENDANG HITAM DAGING


Nasi lemak Cie masak dalam periuk noxxa juga. Cie guna beras basmathi 3 cawan beras, air campur santan 4 1/2 cawan. Set HP 7 minit. Nasi masak elok je. Cepat masak guna periuk noxxa. Kalau guna rice cooker atau kukus dalam pengukus pun ambil masa 30minit. 


Hidangan sampingan untuk nasi lemak ada telur mata, telur rebus, timun jepun dan keropok goreng. Keropok tu kawan Faiz bagi dari Terengganu. Macam hancur keropoknya tu.






Ketupat palas tu jenis manis. Faiz beli 2 peket masa raya haji baru ni. Sepeket yang lemak Cie dah habis kukus masa raya. Ada lagi sepeket yang manis pagi tadi Cie kukus sikit nak makan dengan rendang. 



Alhamdulillah siap dah bersarapan 1 family di pagi Ahad. Lepas sarapan sambung berehat. Korang sarapan apa pagi ni? 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. nasi lemak paling praktikal... sebab ia boleh dimakan pada bila2 masa je

    BalasPadam
  2. Resepi rendang hitam Cie ni, lebih kurang sama macam cara akak masak paru hitam. Sedap, makan dengan ketupat palas. Rajin Cie, masak. Elok kejadian sambal tumis Cie. 😋 Pagi tadi, akak sarapan nasi goreng telur mata.

    BalasPadam
  3. Pagi tadi buat cekodok je makan dengan sambal sardin.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.