Kakak Cie di Bentong suami isteri kena selsema. Kak Ngah kena demam, dia dan anak bongsunya. Kak Long pulak demam selsema. Cie dan anak-anak selsema. Kami syak dapat virus masa kenduri Ahad tu. Kami semua kena Jumaat, 5 hari selepas kenduri.
Isnin tu kami berkumpul di Bentong. Kak Long dan anak Kak Ngah yang bongsu tak pergi kenduri. Maybe virus tu kami yang dapat dan kami pindahkan ke Kak Long dan anak Kak Ngah masa kami berkumpul di Bentong. Gitulah kan walaupun makan Vitamin C, walaupun cuci tangan dan mandi selepas balik tu pun tetap la kena jugak. Virus tak nampak.
Berbalik kepada tajuk entri kita pagi ni. Cie masak menu sarapan sekali lunch terus. Malas dah masak banyak kali. Nak berehat je hari ni sebelum masuk kerja Isnin. Harapnya cepat la sembuh selsema ni. Isnin ada meeting, Selasa ada audit.
Cie masak nasi lemak telur, rendang hitam daging, kukus ketupat palas. Sambal nasi lemak petang semalam Cie dah siap masak. Kebetulan Cie buat stok cili kisar, dah alang-alang dapur dah berkecah tu terus la Cie buat jela sambal tumis ikan bilis dan simpan dalam chiller. Pagi tadi panaskan je sambal tumis tu.
Rendang hitam daging tu pun Cie buat semalam jugak. Daging kerbau korban jiran depan rumah bagi. Cie habiskan terus buat rendang. Daging tu Cie rebus dalam periuk noxxa je senang. Cie pernah share resipi kat sini boleh tengok kalau ada yang nak buat - RESIPI RENDANG HITAM DAGING
Nasi lemak Cie masak dalam periuk noxxa juga. Cie guna beras basmathi 3 cawan beras, air campur santan 4 1/2 cawan. Set HP 7 minit. Nasi masak elok je. Cepat masak guna periuk noxxa. Kalau guna rice cooker atau kukus dalam pengukus pun ambil masa 30minit.
Hidangan sampingan untuk nasi lemak ada telur mata, telur rebus, timun jepun dan keropok goreng. Keropok tu kawan Faiz bagi dari Terengganu. Macam hancur keropoknya tu.
Ketupat palas tu jenis manis. Faiz beli 2 peket masa raya haji baru ni. Sepeket yang lemak Cie dah habis kukus masa raya. Ada lagi sepeket yang manis pagi tadi Cie kukus sikit nak makan dengan rendang.
Alhamdulillah siap dah bersarapan 1 family di pagi Ahad. Lepas sarapan sambung berehat. Korang sarapan apa pagi ni?












18 Ulasan
nasi lemak paling praktikal... sebab ia boleh dimakan pada bila2 masa je
BalasPadamResepi rendang hitam Cie ni, lebih kurang sama macam cara akak masak paru hitam. Sedap, makan dengan ketupat palas. Rajin Cie, masak. Elok kejadian sambal tumis Cie. 😋 Pagi tadi, akak sarapan nasi goreng telur mata.
BalasPadamPagi tadi buat cekodok je makan dengan sambal sardin.
BalasPadamSemua sarapan sedap² sampai lunch memang ngam, sekali penat je
BalasPadamSedap betul sarapan Cie ... Daging rendang hitam tu nanti boleh try, nampak Sedap
BalasPadamKetupat palas tu dpt mkn dgn serunding sedap jgk tu =D
BalasPadamMeriahnya breakfast. Meriah lauk untuk nasi lemak itu. Ada ketupat palas lagi. Sedapnyaaa semua
BalasPadamFuh, sarapan macam ni memang padu. Nasi lemak dengan rendang daging memang kombinasi yang susah nak ditolak, lagi-lagi kalau rendangnya empuk dan sambalnya cukup rasa. Tengok gambar pun terus rasa lapar dibuatnya
BalasPadamwahhh sedapnya ketupat palas,my fav tu!! ni MZ singgah BW ari isnin ni..sambil2 buat keje, selit2 BW jap...minggu ni sgt bz sbb final week utk sem ni
BalasPadamSyafakillah Cie. Saya pulak batuk2 balik dari Indonesia. Penangan terhidu asap rokok masa shopping kat Bandung. Mmg tak boleh la kena asap rokok mesti akan sakit tekak dan batuk.
BalasPadamMeriah menu sarapan siap ada ketupat
BalasPadamTak puas lagi makan ketupat palas...nanti hujung bulan nak beli lagi lah..
BalasPadamKetupat Palas yg saya blm pernah coba. Oh jadi ada 2 rasa ya kak. Saya pikir hanya yg rasa gurih (savoury) saja. Ternyata ada yg manis. Kebayang juga pasti sedap
BalasPadamSelalu Sha pun akan masak terus untuk makan tengahari sampai malam kalau weekand.. Lepas tu boleh golek-golek baca buku atau riadah.. kikiki..
BalasPadamSedap ketupat palas tu..
Sedapnya semuaaaa ðŸ˜ðŸ©·ðŸ©·
BalasPadamWow! rendang , alhamdulillah..makanan seimbang berat ideal ni cie..
BalasPadamlove that rendang.
BalasPadamSedapnyaaa ketupat palas. Kalau Faa, suka makan dengan ayam masak merah. Kurang sikit daging hitam. Memang licin lahh.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.