Awal pagi tu Cie search dah kedai masakan kampung. Tekak tiba-tiba nak makan masakan kampung macam menu salai pun sedap. Jumpa la Salai Farm di Semenyih. Tengok maps takdela jauh dari Le’venue tu. Lebih kurang 15 minit je.
Kami sampai Salai Farm 11.19am. Memang tak ramai lagi orang. Ada 1-2 meja je yang dah ada orang makan. Kedai ni tepi jalan je. Jalan tu memang sibuk non stop kereta lalu lalang. Sebelah je dengan Taman Semenyih Permai.
Konsep layan diri. Boleh ambil sendiri semua makanan dan minuman. Ada dulang disediakan. Mula la rambang mata tengok banyak sangat lauk pauk. Anak-anak pun sama teruja tengok banyak pilihan makanan. Yang penting menu salai ada. Mulanya Cie nak ambil keli salai tapi Faiz dah ambil itik salai so tukar la Cie ambil keli sambal je. Daging salai masak lemak kakak Raisha nak.
Itik salai dan daging salai masak lemak tu ambil semangkuk je boleh share portion banyak. Anak-anak tak makan itik. Cie dan Faiz je. Itiknya lembut, kuah lemaknya pekat. Memang sedap. Tengok gambar jela ye.
Sambil taip ni pun duk terbayang lagi kesedapan rasa masakan kat situ. Harga pun tak mahal kami makan tu RM64.60 je.
Nak siput sedut takde pulak masa kami sampai tu. Maybe belum siap masak kot. Waktu tu pun pekerja kedai tengah letak lauk pauk lagi.
Faiz letak nasi setiap pinggan tu kemain banyak. Cie memang tak habis la. Anak-anak habis. Nasi Cie, Faiz ambil sikit. Faiz ambil nasi dan telur dadar. Cie ambil nasi dan keli sambal. Adik Rania dan kakak Raisha ambil nasi ayam goreng.
Itik salai masak lemak, daging salai masak lemak, budu, ulaman. Cie dan Faiz minum air kosong je. Kakak Raisha green tea, adik Rania teh ais.
Mulanya kami letak semua yang kami ambil tu kat meja cashier. Ada tulis kat situ bayar dulu sebelum makan. Rupanya cashier tu suruh duduk dulu nanti dia datang kira. Kami sampai kat meja je dia pun sampai untuk kira.
Berselera la kami makan semua masakan sedap. Cuma panas sikit la waktu tengahari. Ada angin sebab kedai tu open cuma angin bahang tengahari ni lain sikit. Memang berpeluh la. Mujur la masakan tak pedas. Dapat makan dengan tenang.
Siap makan kami terus gerak destinasi seterusnya Kilang Coklat Beryl’s. Belum habis lagi entri bercuti ni.









12 Ulasan
Akak pun suka masakan kampung..memang sedap kan..salai2 macam ni...nak buat sendiri x rajin nak salai...sedap plak nampak itik salai tu...
BalasPadamSedapnya masakan salai.... tak sabar nak balik kampung nak makan di Pelosok Salai.
BalasPadammeriah betul piliha menu. terliur la lauk2 tuuu
BalasPadamSedapnya masak Salai ni, apa pun saya suka asalkan Salai, lepastu masak lemak cili api.. best!
BalasPadamWahhh..Dah smp..Sy pun belum smp lagi =D
BalasPadamNampak sedap. Kedainya memang takde ruang dalam yg ada aircond ye Cie? Parking pulak macamana?
BalasPadamBagus Cie wpun bercuti, tetap buat IF .
BalasPadamLauk kampung mmg sentiasa jadi pilihan la kan... Sedap² belaka nampaknya lauk pauk di kedai ni
suka menu salai especially daging or siput
BalasPadamTengahari dapat makan lauk kampung gini memang menyelerakan.
BalasPadamMenu salai2 ni memang sedap. Boleh try nanti.
BalasPadambanyak pilihan makanan...memang rambang mata ni
BalasPadamSedappnya
BalasPadamSuka daging salai masak lemak n9
Cie jln2 mcm lawqtan ya. Beryys
Masih ada?
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.