Sarapan Pagi: Kuetiau Goreng Homemade

Lepas je solat Subuh pagi tadi terus masuk kitchen nak masak cepat-cepat untuk breakfast. Plan nak morning walk pusing taman. Tiap petang hujan jadi hari ni kita keluar pagi.

Cie masak kuetiau goreng letak isi ayam, fish cake, siew pak choy dan taugeh. Sayur ni kang sure anak-anak asingkan ke tepi, ibu la tukang kutip makan. Cie masak banyak 2 peket. Ingatkan nak bagi jiran sebelah, dia takde balik kampung agaknya gate kunci.


Semalam cari kerang yang dah kopek kat BS Freshmart takdela pulak. Letak jela isi ayam ada 2 small container tu potong kecil-kecil. Boleh makan sampai lunch kang tak payah masak dah. 2 peket tu 900gm memang banyak la. Kalau sepeket 450gm tu sikit sangat pulak. 

Cie goreng juga telur mata. Kuning tu memang Cie buat cair. Cie suka kuning cair. Kalau keras tak suka. 2 beradik tu tak makan kuning telur tak kira keras ke lembik tapi telur separuh masak tu makan je. Macam-macam kan.


Keropok goreng pun wajib ada, cili potong. Lepas jalan dalam 2km ni kang baru balik mandi dan sarapan. Petang kang jalan atas walking pad je kalau hujan.




Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Samalah suka telur kuning cair.
    Hehe sudah besar 2 budak itu tidak makan kuning telur.

    BalasPadam
  2. Cuya suka telur separuh masak jugak.

    Tapi di rumah tak pernah goreng kuey teow.. mungkin takde peminat kecuali Cuya

    BalasPadam
  3. Lama x goreng kuey teow....hari ni akak buat laksa utk minumpetang

    BalasPadam
  4. Saya pun kadang masak sarapan lebih, makan sampai tengah hari.

    BalasPadam
  5. Rajin Cie, pagi dan petang, kumpul steps.
    Sedap, homemade kuetiau goreng.

    BalasPadam
  6. Yumsss kueytiaw goreng. Takde idea juga nak masak apa. Boleh la cari bahan pagi esok. Simple but mengenyangkan..

    BalasPadam
  7. Memang banyak tu kalau sampai 2 peket..
    Lahaiii budak 2 tu... telur asing tak makan ya. Tapi kalau dadar dan separuh masak makan pulak eh.

    BalasPadam
  8. Tempat Sha pun hujan bila petang.. Memang kena keluar pagilah..
    Tengok keropok cie tu teringat keropok kering kat rumah.. Bilalah nak digoreng.. kikiki..

    BalasPadam
  9. Banyak tu..2 peket.. takde rezeki nak bagi jiran sebelah

    BalasPadam
  10. Alamak....tengok entry ni terus rasa hendak goreng keropok😋. Macam lama tak makan keropok pula rasanya

    BalasPadam
  11. 😄 terbalik kita kak. Saya kalau kuning cair, memang tak akan sentuh 🤣. LGS kasih suami 😄

    BalasPadam
  12. Saya nanti nak cari lah kerupuk goreng macam tuh. Dulu suka sangat, zaman kuliah. Kantin campus selalu sedia kerupuk macam tuh

    BalasPadam
  13. complete set bila ada keropok tu!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.