Cie masak kuetiau goreng letak isi ayam, fish cake, siew pak choy dan taugeh. Sayur ni kang sure anak-anak asingkan ke tepi, ibu la tukang kutip makan. Cie masak banyak 2 peket. Ingatkan nak bagi jiran sebelah, dia takde balik kampung agaknya gate kunci.
Semalam cari kerang yang dah kopek kat BS Freshmart takdela pulak. Letak jela isi ayam ada 2 small container tu potong kecil-kecil. Boleh makan sampai lunch kang tak payah masak dah. 2 peket tu 900gm memang banyak la. Kalau sepeket 450gm tu sikit sangat pulak.
Cie goreng juga telur mata. Kuning tu memang Cie buat cair. Cie suka kuning cair. Kalau keras tak suka. 2 beradik tu tak makan kuning telur tak kira keras ke lembik tapi telur separuh masak tu makan je. Macam-macam kan.
Keropok goreng pun wajib ada, cili potong. Lepas jalan dalam 2km ni kang baru balik mandi dan sarapan. Petang kang jalan atas walking pad je kalau hujan.



14 Ulasan
Samalah suka telur kuning cair.
BalasPadamHehe sudah besar 2 budak itu tidak makan kuning telur.
Cuya suka telur separuh masak jugak.
BalasPadamTapi di rumah tak pernah goreng kuey teow.. mungkin takde peminat kecuali Cuya
Lama x goreng kuey teow....hari ni akak buat laksa utk minumpetang
BalasPadamSaya pun kadang masak sarapan lebih, makan sampai tengah hari.
BalasPadamRajin Cie, pagi dan petang, kumpul steps.
BalasPadamSedap, homemade kuetiau goreng.
Yumsss kueytiaw goreng. Takde idea juga nak masak apa. Boleh la cari bahan pagi esok. Simple but mengenyangkan..
BalasPadamMemang banyak tu kalau sampai 2 peket..
BalasPadamLahaiii budak 2 tu... telur asing tak makan ya. Tapi kalau dadar dan separuh masak makan pulak eh.
Tempat Sha pun hujan bila petang.. Memang kena keluar pagilah..
BalasPadamTengok keropok cie tu teringat keropok kering kat rumah.. Bilalah nak digoreng.. kikiki..
Banyak tu..2 peket.. takde rezeki nak bagi jiran sebelah
BalasPadamAlamak....tengok entry ni terus rasa hendak goreng keropok😋. Macam lama tak makan keropok pula rasanya
BalasPadam😄 terbalik kita kak. Saya kalau kuning cair, memang tak akan sentuh 🤣. LGS kasih suami 😄
BalasPadamSaya nanti nak cari lah kerupuk goreng macam tuh. Dulu suka sangat, zaman kuliah. Kantin campus selalu sedia kerupuk macam tuh
BalasPadamcomplete set bila ada keropok tu!
BalasPadamsedapnya
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.