Lunch Di Tea Garden Melawati Mall

Masa ke KL 29 Ogos yang lepas, Cie dan Faiz ternampak Tea Garden masa naik escelator. Faiz pun ajak try. Tak pernah lagi makan kat Tea Garden ni. So kami pun masuk dan cari tempat kosong. Ramai jugak orang. 


Kami duduk terus dan order kena scan je ada QR disediakan atas meja. Zaman serba maju ni order main scan je. Faiz suruh kakak Raisha ambil buku menu senang nak belek. 


Oleh kerana pertama kali nak cuba makanan jadinya kita hentam saja la order apa yang rasa mata tertarik tengok gambar dan tekak rasa nak makan. Cie tak la lapar sangat tapi tu la order jugak. 

Antara yang kami order:
  1. BBQ Chicken Wonton Mee - Rania
  2. Nasi Lemak with Fried Chicken - Raisha
  3. Dry Curry Chicken Noodle - Faiz
  4. Hokkien Fried Prawn Mee - Cie
  5. Crispy Chicken Wonton - tambahan order
  6. Lemon Tea (Iced) - Raisha dan Rania
  7. Calamansi Juice with Sour Plum - Cie
  8. Sparkling Sea Salt Lime Longan - Faiz


Makanan sampai berperingkat. Meja kami sampai makanan dulu, kakak Raisha punya dulu sampai lepas tu baru la air dan makanan lain. Makanan Cie paling last sampai. Duk rasa makanan orang lain jadi macam kenyang nak makan makanan sendiri. 







Dah la big portion ye. Sepatutnya share je. 3 beranak tu habis je makan. Cie jela terkial-kial nak habiskan. Konon order mi hokkien tu supaya tak kenyang sangat, rupanya sama je macam order nasi. 

Selfie la dulu sementara tunggu makanan sampai

Mi hokkien Cie bukan mi kuning semata, ada macam mi laksa juga kot warna putih. Kena makan dengan petis udang kot tu tak sure, perah limau. Bagi Cie kalau ada cili potong lagi ngam. Kalau betul-betul lapar boleh habis. 

Kat Tea Garden tu ada juga dijual produk chilled kot ada yang nak beli. Cie tak beli pun, snap gambar je. 


Paling penting Tea Garden ni halal dan kedainya bersih dapat gred A. Boleh la kita makan tanpa was-was. Next time try menu lain pulak. 






Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. MZ dh few times mkn kat sini..ada jugak outletnya di aeon alpha angle. sedap2 belaka foodnya

    BalasPadam
  2. Jenuh juga nak habiskan big portion ni. Next time kana order sikit dan kongsi-kongsi je. Harga boleh tahan juga tu especially harga air, macam mahal sikit kan.

    BalasPadam
  3. Actually sedap2 jgk menu dkt sini.Pernah pegi mkn yg dkt dlm sogo & KLCC. =D

    BalasPadam
  4. cendol kt sini & teh tarik die sedap juga tau

    BalasPadam
  5. Banyak kali dah ke mall ni... Tak perasan pulak restoran ni

    BalasPadam
  6. Pernah makan sekali dekat Tea Garden. Makanannya boleh tahan rasanya.

    BalasPadam
  7. Kalau suruh scan, tapi Line tak clear.. owhh, stress ooo

    BalasPadam
  8. Sedap sedap nampai air dia. Bila panas berjerebu ni tenguk gambar pun dah terliur

    BalasPadam
  9. Wanton mee tu nampak sedap. Macam agak pricey sikit harga dia, tapi kalau big portion, berbaloi la.

    BalasPadam
  10. Sayapun tetap lebih suka ada buku. Sebenarnya tak masalah pakai scan, tp tetap lah sediakan buku menu manual. Terkadang bisa melihat bentuk makanan dalam foto yg lebih jelas, itu penting juga.

    Nampak sedap semua menu. Ok noted kalau porsi besar yaa. Semisal nanti saya sempat kesana pas di KL, tak nak pesan banyak2

    BalasPadam
  11. tak pernah lagi try mkn sini. tgk menu mcm best jer tu

    BalasPadam
  12. calamansi juice tu mmg sedappppp
    sy rasa air calamansi kat tea garden ni antara yg paling sedap pernah sy minum

    BalasPadam
  13. Rasanya gembira dapat lihat sijil halal..tempat makan Garden..ada tak bunga2nya kat sana ya

    BalasPadam
  14. Antar tempat fav kak SA sini la...nasib kat Seremban dah buka 1 dan Nilai ada 1 dalam AEON Mall...nampak sedap-sedap belaka menunya! Kak SA pun jenis kalau masuk tempat baru memang rambung mata tengok gambar menu. Porsi besar macam ni memang berbaloi, tapi betul juga, kalau datang sikit orang lebih baik kongsi-kongsi baru dapat merasa banyak jenis menu kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.