Baru-baru ni Cie baca satu komen dari rakan blogger di salah satu entri Cie. Rakan blogger tu namanya Linda. Beliau tulis:

Eh, selalunya orang tulis isi dulu, baru cari tajuk..hihi….Cie terbalik pula

Komen dari rakan blogger


Cie terbalik dari Linda sebab akan tulis tajuk dulu baru boleh menulis. Memang dari dulu macam tu. Takdela rasanya Cie tulis isi lepas tu baru fikir tajuk.

Menarik kan bila tengok cara kita menulis pun tak sama? Tapi itulah uniknya dunia blog, setiap orang ada cara tersendiri untuk berkongsi cerita.

Bagi Cie, tajuk tu ibarat peta. Bila tajuk dah ada, Cie tahu hala mana nak pergi dan apa isi yang sesuai nak dimasukkan. Kadang-kadang bila tajuk tu dah bunyi “sedap”, semangat nak menulis pun automatik naik.

Kiranya tajuk ni penting sebab dia bantu fokus elak tulisan tu jadi meleret ke arah lain. Mula cerita A lepas tu beralih ke B pulak sudahnya ending C pulak.

Sejak dari sekolah dah terbiasa dapat tajuk untuk buat karangan lepas tu baru la buat point untuk huraikan isi pulak.

Sebenarnya, tak ada cara yang betul atau salah dalam menulis blog. Ada yang jenis suka rancang dari awal, ada yang suka spontan. Yang penting mesej sampai dan pembaca faham apa yang kita nak sampaikan.

Menulis blog ni ibarat masak la jugak. Ada orang mula dengan resipi, ada orang main campak je bahan. Tapi akhirnya kalau hasilnya sedap itu dah cukup menggembirakan.

Cie rasa seronok bila baca pandangan rakan blogger lain. Walaupun cara menulis tak sama, tapi matlamat tetap satu iaitu nak kongsi sesuatu yang bermanfaat dan dari hati.

Korang jenis yang mana satu? Nombor 1 atau 2?
  1. Tulis tajuk dulu baru isi.
  2. Tulis isi dulu baru cari tajuk.