Tulis Tajuk Dulu atau Isi Dulu? Gaya Blogger Menulis Memang Tak Sama!

Baru-baru ni Cie baca satu komen dari rakan blogger di salah satu entri Cie. Rakan blogger tu namanya Linda. Beliau tulis:

Eh, selalunya orang tulis isi dulu, baru cari tajuk..hihi….Cie terbalik pula

Komen dari rakan blogger


Cie terbalik dari Linda sebab akan tulis tajuk dulu baru boleh menulis. Memang dari dulu macam tu. Takdela rasanya Cie tulis isi lepas tu baru fikir tajuk.

Menarik kan bila tengok cara kita menulis pun tak sama? Tapi itulah uniknya dunia blog, setiap orang ada cara tersendiri untuk berkongsi cerita.

Bagi Cie, tajuk tu ibarat peta. Bila tajuk dah ada, Cie tahu hala mana nak pergi dan apa isi yang sesuai nak dimasukkan. Kadang-kadang bila tajuk tu dah bunyi “sedap”, semangat nak menulis pun automatik naik.

Kiranya tajuk ni penting sebab dia bantu fokus elak tulisan tu jadi meleret ke arah lain. Mula cerita A lepas tu beralih ke B pulak sudahnya ending C pulak.

Sejak dari sekolah dah terbiasa dapat tajuk untuk buat karangan lepas tu baru la buat point untuk huraikan isi pulak.

Sebenarnya, tak ada cara yang betul atau salah dalam menulis blog. Ada yang jenis suka rancang dari awal, ada yang suka spontan. Yang penting mesej sampai dan pembaca faham apa yang kita nak sampaikan.

Menulis blog ni ibarat masak la jugak. Ada orang mula dengan resipi, ada orang main campak je bahan. Tapi akhirnya kalau hasilnya sedap itu dah cukup menggembirakan.

Cie rasa seronok bila baca pandangan rakan blogger lain. Walaupun cara menulis tak sama, tapi matlamat tetap satu iaitu nak kongsi sesuatu yang bermanfaat dan dari hati.

Korang jenis yang mana satu? Nombor 1 atau 2?
  1. Tulis tajuk dulu baru isi.
  2. Tulis isi dulu baru cari tajuk.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Hahaaa... saya jenis dua-dua.
    Cari isi kemudian pilih tajuk pun ok. Tajuk dulu kemudian isi pun boleh.
    Setuju pendapat Cie, kadang tajuk lain isinya lain, penutupnya lain. Apabila sudah meleret-leret orang nak komen pun terkial-kial mana satu isi yang ikut tema .

    BalasPadam
  2. Kita sama dengan Linda. Isi dulu baru tajuk, muahaha~

    BalasPadam
  3. Pokcik dua dua kaedah ni diguna pakai.. kadang kadang idea mari mencurah curah tapi tajuk pula tak tau letak apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa..nie pu nbetul juga...ada masa kemain menulis seronok...sekali..dok menung nak letak tajuk apa...sebab kita tak suka tulis tajuk panjang2...kikiki

      Padam
  4. Isi dulu baru tajuk....tapi pernah juga tajuk dulu sebab dah tau nak tulis pasal apa...

    BalasPadam
  5. Kita geng Cie, Akk tulis tajuk dulu baru isi. List kan dulu tajuk di notepad kemudian draft satu² entry. Macam tak reti nak karang isi dulu tanpa tajuk.

    BalasPadam
  6. MA dua2..ada masa memang tajuk dulu baru tulis is, but selalunya..masuk kan gambar..taip isi & cerita....last sekali baru tajuk, tu pun ada masa 2-3 kali tukar tajuk..ha ha ha..pun boleh kann

    BalasPadam
  7. linda pun macam MA... selalunya masukkan gambar je dulu. lepas tu, esok lusa baru taip isi..lepas tu baru fikir tajuk...kebanyakan masa memang begitu, tajuk last sekali...kikiki

    BalasPadam
  8. Menulis kadang macam-macam gaya terpulang pada kretiviti masing-masing. Akak kadang kedua2 cara. kadang letak gambar dulu lepas tu baru karang tajuk dan cerita. Kadang letak tajuk dulu lepas tu baru mengarang apa nak citer. Bergantung pada mood dan idea nak menulis

    BalasPadam
  9. Suka letak gambar dulu baru boleh tulis cerita. Jadi nak cari tajuk yang sesuai agak sukar...

    BalasPadam
  10. terpulang kepada citarasa masing-masing.. saya pun belasah .. kadang tajuk dulu, kadang isi dulu. maklum lah masih bertatih menulis.. apapun tahniah admin sentiasa update blog dengan entry2 terbaru..

    BalasPadam
  11. Kita samaaaa 😄. Saya selalu judul dulu, baru isi. Sebab format di blog saya memang hrs judul dulu. Baru nanti sesuai dengan url . Dan lagi pun dengan membuat judul dulu, saya juga jadi tahu kemana kerangka tulisan harus berada..jangan sampai menyimpang dari judul yg dibuat

    BalasPadam
  12. saya memang pilih tajuk dulu baru buat karangan... heheheh

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.